Selepas berjamu di bandar Bentong, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis. Kami singgah di bandar Raub sebentar untuk mengambil gambar.
Bandar Raub merupakan tempat pengeluaran emas pada suatu ketika dulu. Kini kemakmuran bandar Ruab tidak seperti masa dahulu. Rumah lama dua tingkat banyak terdapat di sekitar bandar Raub.
Pengaruh MCA sudah melesap. Pintu bangunan MCA Raub tertutup. Tidak nampak wajah bekas Menteri Pelancongan Ng Yen Yen. Mungkin Ng Yen Yen sedang berseronok makan angin di merata negera.
Dua buah bas terletak di stesyen bas Raub. Tiada seorang penumpang pun di stesyen bas tersebut. Walaupun cuaca pada hari itu baik tetapi bandar Raub agak sunyi.
Stesyen teksi terletak di sebelah stesyen bas. Keadaan stesyen teksi selesa dan cantik. Sebuah pasar didapati berhampiran stesyen teksi.
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pantai Merang Terengganu
Sungai Jerik Maran Pahang
Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pantai Merang Terengganu
Sungai Jerik Maran Pahang