Quantcast
Channel: Kenangan Yuchuilang
Viewing all 328 articles
Browse latest View live

Bukit Koman Raub Pahang

$
0
0
Bukit Koman

Bukit Koman terletak tidak jauh dari bandar Raub. Jarak antara dua lokasi sekitar 2 hingga 3 km. Dalam jangka masa 10 minit boleh tiba jika memandu dengan lambat dari bandar Raub.

Bukit Koman

Kebanyak penduduk Bukit Koman terdiri daipada kaum Cina.

Perkampungan ini dibina kerana penemuan lombong emas pada suatu ketika dulu. Oleh kerana harga emas melambung tinggi, industri perlombongan emas yang lama diberhentikan memproses semula.


Australian Gold Mining

Kami singgah di Bukit Koman disebabkan isu penggunaan cyanide di lombong emas.

Pintu masuk Raub Australian Gold Mining dikawal ketat degan dikelilingi pagar berduri. Menurut penduduk setempat, mengambil gambar dilarangkan di kawasan syarikat perlombongan emas itu.


Stop Cyanide Mining

Dengan keadaan politik Malaysia telah ditentukan, kempen membantah penggunaan cyanide seolah-olah semakin lenyap.

Orang Bukit Koman seperti diabaikan oleh kerajaan BN dan dipaksa hidup dalam alam sekitar yang tercemar. Err....kerajaan BN yang mendahului rakyat begitu melayan penduduk Bukit Koman.


SJKC Yuh Hwa

Terdapat sebuah sekolah Cina di Bukit Koman. Kesianya murid-murid sekolah tersebut terpaksa bernafas udara yang indeks pencemaran tinggi.

Bukit Koman wujud kerana penemuan lombong emas. Kini, Bukit Koman menghadapi masalah juga kerana lombong emas. Memang sungguh peliknya nasib Bukit Koman.

Diharap masalah Bukit Koman dapat diatasi dan penduduknya hidup dengan bahagia.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pantai Merang Terengganu
Sungai Jerik Maran Pahang

Keju Dan Kasut Kayu Belanda

$
0
0
Simonehoeve

Meninggalkan Kampung Nelayan Volendam, kami menaiki bas persiaran yang dipandu oleh Peter dan menuju ke Kilang Keju dan Kasut Kayu Simonehoeve.

Simonehoeve

Oleh kerana Kilang tersebut terletak tidak jauh dari Kampung Nelayan Volendam, kami beralih ke kilang itu setelah menikmati kopi harum di Kampung Nelayan Volendam.

Simonehoeve

Setiba di kilang, kami dibawa ke bengkel membuat kasut kayu. Pembuat kasut kayu menunjukkan cara membuat kasut kayu. Kemahiran beliau membuat kasut kayu sungguh mengagumkan.

Kasut Kayu

Aneka corak kasut kayu yang berwarna-warni tergantung di dindin. Kasut kayu yang menarik itu adalah untuk dijual kepada pengunjung. Anda boleh memakai kasut kayu itu atau menyimpannya sebagai cenderamata.

Keju

Selepas melihat cara membuat kasut kayu, kami melangkah ke bilik pamiran keju. Selain daripada kasut kayu yang cantik, kilang Simonehoeve juga memproses keju Belanda yang terkenal. Pelbagai saiz and warna keju dipamirkan untuk dijual.

Keju

Hirisan keju dalam pinggan adalah untuk dicuba oleh pelawat. Terdapat banyak perisa keju yang berbeza. Anda boleh membeli keju yang anda suka.

Tidak sangka mengambil angin di Eropah dapat menyaksi proses membuat kasut kayu. Terbukti melancong dapat memperluaskan visi seseorang. Jika tidak ingin menjadi katak di bawah tempurung, anda harus mengembara ke sana-sini.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Unik Pekan Volendam
Mengambil Angin Di Volendam
Berbasikal Di Sekitar Volendam

Ringkasan Bercuti Di Sekinchan

$
0
0
Sekinchan

Akhir-akhir ini pelancong berturut-turut ke Sekinchan yang digelar sebagai tanah ikan dan beras.

Hotel Purple Town

Terdapat dua buah hotel di bandar baru Sekinchan. Hotel di atas ialah Hotel Purple Town. Hotel kedua yang terletak di bandar baru Sekinchan ialah Hotel Harbour View.

Sekinchan

Setelah menikmati makanan laut, anda boleh beralih ke Pantai Redang untuk mengambil angin. Berjalan di atas pasir yang lembut sambil mendengar bunyi ombak menepuk pantai. Mengetepikan urusan harian yang jengkel ketika bersantai di Pantai Redang.

Sekinchan

Sekinchan sesuai untuk sekeluarga beristirahat kerana alam sekitar kampung berbeza dengan bandar.

Ibu bapa dapat terlepas dari tekanan kerja dan kanak-kanak boleh mengalami kehidupan berlainan. Mereka berpeluang terlibat dalam aktiviti kampung yang tidak sama dengan kehidupan mereka di bandar.


Sekinchan

Selain kampung nelayan, sawah padi Sekinchan juga mempesona. Kini, penanaman padi di Sekincan sudah penjenteraan.

Petani Sekinchan menghasilkan padi dua kali setahun. Sekiranya anda ingin menyaksikan keindah sawah padi yang keemasan, anda perlu memastikan tarikh yang tepat sebelum bertolak ke Sekinchan.


Sekinchan

Kilang Penggilingan Padi Sekinchan dibuka untuk orang ramai melawat. Kunjungan ke kilang penggilingan padi pasti membolehkan anda meningkat pengetahuan tentang memproses beras.

Dari proses menggiling hingga membungkus, semua akan terpapar di depan mata anda. Sebelum meninggalkan kilang tersebut, ingat membeli grade A beras mutiara Sekinchan.


Sekinchan

Sebuah gerai menjual hasil pertaniaan didapati di luar Kilang Penggilingan Padi Sekinchan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual termasuk nanas, keladi, kelada, jagung, mangga, jambu air dan tembikai susu. Di samping itu, udang kering dan mi beras mutiara juga dijual di gerai pertanian itu.

Anda boleh melangkah ke pasar Sekinchan. Mungkin anda dapat beli barang yang tidak dijangka.


Ng Suee Lin

Keadaan perkampungan yang unik menyebabkan industri pelancongan Sekinchan meningkat maju dengan pesat.

Berhubung dengan kemajuan industri pelancongan Sekinchan, sumbangan Adun Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lin tidak boleh diabaikan. Oleh kerana tekun berkhidmat dan sedaya upaya melaksanakan pelbagai projek pelancongan, beliau amat dihormati oleh penduduk setempat Sekinchan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Rumah Burung Layang-layang
Sekolah Yoke Kuan Sekinchan

Macau Rua Do Tarrafeiro

$
0
0
Rua Do Tarafeiro

Kami berjalan sepanjang Rua Do Tarrafeiro ke Gerbang St Paul ketika bercuti di Macau.

Shell

Sebelum belok ke Rua Do Tarafeiro, kami melalui tempat meletak kereta yang terletak di sebelah Hotel Sofiel Ponte 16.

Rua Do Tarafeiro

Rua Do Tarrafeiro terlalu sempit. Kenderaan melalu-lalang dengan laju. Nasib baik terdapat laluan pejalan kaki di dua belah jalan.

Rua Do Tarafeiro

Kedai Buah-buahan Kao Lei berada di sudut jalan. Walaupun ruang kedai tersebut tidak luas tetapi penuh dengan pelbagai buah-buahan segar.

Rua Do Tarafeiro

Kedai Cake dan Roti Mcdona bertentangan dengan Kedai Buah-buahan Kao Lei. Nama kedai itu merupakan cantuman nama artis Madonna dan restoran makanan segera McDonald.

Rua Do Tarafeiro

Mula hujan renyai-renyai semasa kami tiba di depan Taman Luis De Camoes. Pejalan kaki berpayung dan melintas jalan raya tergesa-gesa. Seorang wanita mendukung budak sambil memegang payung yang tercetak "City of Dream".

Rua Do Tarafeiro

Di hujung Rua Do Tarrafeiro ada simpang tiga. Di tengah simpang tiga itu didapati sebuah air pancut. Pusing ke kiri dari air pancut akan menuju ke Rua De Coelho Do Amaral dan beralih ke kanan akan tiba ke Gerbang St Paul dalam jangka masa 5 minit.

Ia cuma mengambil 15 hingga 20 minit dengan berjalan lambat dari Hotel Sofiel Ponte 16 ke Gerbang St Paul. Sudah lama jarang bersenam. Tidak menyangka terpaksa berjalan kaki ke sana sini sewaktu melancong. Mujurlah sendi dan tulang kaki kami masih kuat.

Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
915 Pilihanraya Macau
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Menikmati Kimbap Jeju

$
0
0
Jeju

Keluar dari Hotel Vegas, kami menuju ke bandar Jeju untuk mengisi perut. Kami berhenti di depan gerai makan ini setelah berjalan beberapa langkah dari hotel.

Jeju

Satu papan tanda makanan yang menarik perhatian terletak di depan gerai tersebut. Terdapat dwibahasa di papan tanda makanan iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Korea.

Kimbap

Kami memesan satu kimbap yang berwarna-warni. Kimbap yang cantik ini sungguh enak dan harganya juga berpatutan. Ramuan kimbap termasuk nasi, rumpai laut, telur goreng, timun Jepun, lobak merah, filamen ketam dan lobak putih jeruk.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Batu Kepala Naga Pulau Jeju
Lapangan Terbang Pulau Jeju
Kampung Rakyat Seongeup Jeju

Pasar Malam Shilin Taipei

$
0
0
Pasar Malam Shilin

Pasar Malam Shilin merupakan tempat pelancongan pertama yang kami melawat ketika mengembara di Taiwan.

Pasar Malam Shilin

Gambar ini menujukkan kemeriahan Pasar Malam Shilin. Jalan yang sempit itu penuh sesak dengan orang ramai. Pasar Malam Shilin ada anika kedai menjual banyak jenis barangan.

Pasar Malam Shilin

Terletak di bahagian utara Taipei, pelbagai makanan Taiwan boleh didapati di Pasar Malam Shilin. Stik ayam dan stik lembu amat popular di Pasar Malam Shilin. Ruang depan kedua-dua kedai stik dibanjiri pelangan yang beratur untuk membeli stik.

Pasar Malam Shilin

Terdapat banyak makanan enak di Pasar Malam Shilin termasuk hidangan lazat Singapura. Tauhu busuk Taiwan sungguh terkenal di Pasar Malam Shilin. Tauhu busuk pedas kedai ini mencabar citarasa anda. Disamping itu sotong goreng dan bebola nasi goreng juga tersedia untuk pengunjung.

Pasar Malam Shilin

Selain sajian yang telah diperkanalkan, sate, stimbot, mi tiram, tiram goreng, makanan laut, mi dingin pedas, lempeng bawang, barbeku Mongolia, air peria, air belimbing dan air betik susu juga disediakan kepada pelawat Pasar Malam Shilin.

Selepas bersantap, anda boleh melangkah ke kedai kasut, kedai pakaian, kedai buah-buahan, kedai cenderamatan atau kedai produk khas Taiwan.

Artikel Berkaitan
Kuih Nanas Taiwan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Kampung Cina Kuala Terengganu

$
0
0
Kampung Cina

Kampung Cina Kuala Terengganu terletak di luar Hotel Sri Malaysia. Melangkah keluar dari Hotel Sri Malayisa, anda akan nampak gerbang Kampung Cina Kuala Terengganu.

Kampung Cina

Kampung Cina Kuala Terengganu terlalu meriah pada siang hari. Jalan raya penuh sesak dengan kenderaan. Walaupun sebagai tempat penarik pelancong, Kampung Cina Kuala Terengganu tidak ada lalun pejalan kaki.

Kampung Cina

Terdapat bangunan baru muncul di keliling Kampung Cina Kuala Terengganu. Ini membayangkan kerajaan tidak mengambil berat dalam pemeliharaan tapak sejarah yang dapat meningkatkan industri pelancongan dan menambahkan pendapat penduduk setempat.

Gerai Nasi Hainan

Gerai yang menjual nasi Hainan didapati di Kampung Cina Kuala Terengganu berhampiran dengan Hotel Sri Malaysia. Sepinggan nasi Hainan ini berharga RM 4. Harga nasi Hainan ini berpatutan dan rasanya enak. Lokasi gerai nasi Haiana juga sesuai dan persekitarannya tidak bising.

Nasi Hainan

Nasi Hainan tidak berbeza dengan nasi campur yang dapat di beli di merata tempat di Malaysia. Sebenarnya nasi Hainan merupakan campuran nasi ayam dengan nasi campur.

Bahan nasi Hainan termasuk nasi, ayam, sawi, telur goreng dan kubis atau kubis Cina. Sungguhpun orang Hainan terkenal dengan nasi ayam terutamanya nasi ayam bebola tetapi nasi Hainan Kuala Terengganu pun tidak kurang lazatnya.


Tokong Heann

Seni bina Tokong Heann benar-benar mengagumkan. Tokong Heann merupakan salah sebuah tokong yang terkuno di Terengganu. Dibina pada Dinasti Qing, Tokong Heann berperanan menjadi tempat orang Cina berhimpun dan bersembahyang.

Kami pernah melawat Kuala Terengganu pada tahun 80an. Keadaan Kampung Cina Kuala Terengganu tidak banyak berubah. Hanya tebing sepanjang sungai di sisi Kampung Cina Kuala Terengganu telah ditimbus dengan pasir. Projek ini memusnahkan keindahan muara Sungai Terengganu.

Post Berkaitan
Jeti Marang Terengganu
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Dataran Infomasi Kuala Lipis

$
0
0
Kuala Lipis

Dataran informasi terletak di pekan lama Kuala Lipis. Pelbagai informasi pelancongan boleh diperoleh di dataran tersebut.

Kuala Lipis

Gambar ini menunjukkan lokasi tapak bersejarah yang di dapati di Kuala Lipis.

Kuala Lipis pernah menjadi pusat pengeluaran emas dan bijih timah pada masa dahulu. Terdapat banyak bangunan bersejarah ditinggalkan oleh orang British yang berlombong di Kuala Lipis.


Kuala Lipis

Pejabat pos berwarna putih ini terletak di tepi dataran infomasi. Dibina pada tahun 1910, sejarah pejabat pos ini telah melebihi 100 tahun.

Demi memudahkan penghantaran surat, sebuah stesen kerata api dibina di sebelah pejabat pos. Stesen kerata api itu masih beroperasi hingga sekarang.


Kuala Lipis

Kota Kinabalu Sabah ada batu tanda sifar. Kuala Lipis juga ada batu tanda sifar. Berdasarkan catatan sejarah, batu tanda sifar ini diasaskan pada tahun 1890. Pengiraan jarak antara Kuala Lipis dan Kuala Lumpur bermula dari batu tanda sifar ini.

Akan beransur-ansur menulis post tentang SMK Clifford, Kelab Pahang, Tokong Tianhou, stesen kerata api, kediaman Clifford, infomasi penginapan dan pekan lama Kuala Lipis.

Post Berkaitan
Pekan Sungai Jerik
Bukit Koman Raub
Sungai Lembing Pahang
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Restoran Nam Kee Amsterdam

$
0
0
Restoran Nam Kee

Keluar dari Kilang Keju dan Kasut Kayu Simonehoeve, kami menuju ke Restoran Nam Kee untuk makan malam di Amsterdam.

Belanda

Masa makan malam ialah pukul 5 petang masa Amsterdam. Masa di Malaysia pula ialah pukul 12 tengah malam. Selepas menikmati santapan enak, kami bersiar-siar sambil mengambil gambar di luar restoran.

Belanda

Kawasan itu bersih, tenang dan selamat. Kami berasa selasa mengambil angin di sekitar dataran itu. Penduduk Amsterdam sedang bersantai di luar kedai makanan dan minuman. Mereka lebih suka duduk di luar bangunan.

Belanda

Tiba-tiba nampak sekumpulan pengayuh basikal. Seorang wanita tergesa-gesa melintas jalan raya.

Penunggang basikal Amsterdam tidak akan memberi laluan kepada pejalan kaki. Oleh seba itu, anda harus berhati-hati ketika berjalan di Amsterdam. Jika tidak anda munkin dilanggar dan mengalami kecederaan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Unik Pekan Volendam
Mengambil Angin Di Volendam
Berbasikal Di Sekitar Volendam

Tak Nak Barang Naik 2014

$
0
0
Turun Harga

Tidak dapat dinafikan bahawa harga barang semakin naik selepas pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei tahun ini.

Pelbagai cukai, batalan subsidi, kenaikan tarif elektrik, pelarasan tol lebuh raya serta peningkatan harga barangan keperluan harian akan mengakibatkan rakyat hidup dalam keadaan sengsara pada tahun 2014.

Adakah ini objektif program transformasi kerajaan BN?

Jika demikian, BN tentu akan menghadapi risiko kejatuhan dalam pilihan raya umum ke-14.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

10 Post Yuchuilang Paling Popular

$
0
0
Artikle Popular

Dua Artikle Paling Pupolar 2012 gagal kekal sebagai post yang paling menarik tahun 2013.

Artikle yang tercicir pada tahun ini ialah Legenda Pokok Melaka dan Kapal Selam Tidak Menyelam.

Dua post baru yang merupakan kegemaran pengunjung blog Kenangan Yuchuilang ialah Dae Jang Geum Theme Park dan Diftong Dan Vocal Berganding.

10 Artikle Paling Popular:
Sushi Enak Buatan Sendiri
Musim Sejuk Korea Selatan
Musim Luruh Korea Selatan
Politeknik Merlimau Melaka
Dae Jang Geum Theme Park
Pemandangan Salji Mt Sorak
Kuil Sri Marathandavar Maran
Mengenal Buah Pokok Melaka
Diftong Dan Vocal Berganding
Infor Melancong Korea Selatan

Post Berkaitan
Everland Theme Park
Taman Hangang Seoul
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Malam Pesona Bukit Fraser

$
0
0
Bukit Fraser

Siap makan malam, kami bertolak ke pekan untuk menikmati keindahan malam Bukit Fraser.

Bukit Fraser

Ambil angin di bawah lampu jalan menguning, cuaca malam di Bukit Fraser tidak sejuk seperti yang disebarkan oleh desas-desus.

Bukit Fraser

Menara jam mini ini adalah mercu tanda Bukit Fraser. Pelancong gemar mengambil gambar di sekitar menara jam mini pada siang hari. Tetapi menara jam mini berasa sunyi pada waktu malam.

Puncak Inn

Bangunan yang terang benderang ini ialah Puncak Inn Bukit Fraser. Puncak Inn merupakan pilihan utama pengunjung ketika bercuti di Bukit Fraser kerana lokasi yang sempurna dan harga yang berpatutan.

Bukit Fraser

Gambar petanda sempadan Pahang dan Selangor. Cahaya di lantai dijadikan sebagai sempadan dua buah negeri. Pahang berada di sebelah kanan dan Selangor terletak di sebelah kiri.

Resort Bukit Fraser terdapat di bahagian kanan. Manakala satu-satunya kedai runcit di Bukit Fraser didapati di kawasan Selangor. Selain itu, juga ada sebuah kedai makan yang berniaga tiga hari seminggu di wilayah Selangor.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jalan Sehala Ke Bukit Fraser
Resort Silver Park Bukit Fraser

Foto Bandar Jasin Melaka

$
0
0
Jasin

Sekitar 28 km dari Bandar Melaka, Bandar Jasin merupakan pusat pentadbiran Daerah Jasin.

Jasin

Walaupun Bandar Jasin sebuah bandar mini tetapi kesesakan lalu lintas serupa dengan bandar-bandar makmur di Malaysia.

Jasin

Bangunan lama ini terletak di Jalan Kesang di Bandar Jasin. Dibina pada tahun 1927, sejarah deret rumah ini hampir seratus tahun.

Jasin

Orang India membeli-belah di Bandar Jasin. Mereka kebanyakan bekerja di ladang-ladang di sekeliling Bandar Jasin. Ladang-ladang tersebut diteroka oleh orang British pada masa dulu.

Pawagam Kamala

Terdapat sebuah pangung wayang yang bernama Kamala di Bandar Jasin. Pawagam Kamala telah lama tidak beroperasi. Dipercayai tidak dapat bersaing dengan pita video yang muncul pada tahun 80an.

Jasin

Banyak kedai yang dikendali oleh orang India di Bandar Jasin. Termasuk kedai runcit dan kedai gunting rambut. Kedai runcit tradisional ini berada di Jalan Kesang. Pelbagai makanan dan barang keperluan harian boleh dibeli di kedai ini.

Pejabat Daerah dan Tanah Jasin

Pada tahun lepas, saya bersama isteri pergi ke Pejabat Daerah dan Tanah Jasin untuk menguruskan geran rumah. Saya menjadi pemandu peribadi tanpa upah kepada isteri.

Pejabat Daerah dan Tanah Jasin yang baru dibina ini berdiri tegak di anak bukit. Jika bertolak dari Bandar Jasin ke Bandar Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin adalah di sebelah kanan anda. Jarak dari Bandar Jasin ke Pejabat Daerah dan Tanah Jasin lebih kurang beberapa minit memandu.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Dusun Selandar Jasin Melaka

Pekan Sabak Bernam Selangor

$
0
0
Sabak Bernam

Tamat kunjungan ke Sekinchan, kami meneruskan perjalanan ke utara Semenanjung Malaysia

Sabak Bernam

Kami singgah di Sabak Bernam untuk makan tengah hari sambil mengambil gambar di sekitar bandar tersebut.

Sabak Bernam

Sabak Bernam terletak di Daerah Sabak Bernam. Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam merupakan tiga pekan utama Daerah Sabak Bernam.

Sabak Bernam

Terdapat sederet rumah papan lama bertentangan dengan medan selera. Rumah ini akan lesap dalam gelombang pembangunan. Kerajaan BN memang suka merobohkan bangunan lama termasuk tapak sejarah.

Sabak Bernam

Pusat Konvensyen Mini Sabak Bernam berada di Jalan Tebedu. Dewan mesyuarat pusat ini boleh memuat seramai 200 orang. Pusat ini juga menyediakn penginapan yang dapat menampung 60 orang.

Setelah berjalan-jalan di Sabak Bernam, kami menuju ke Teluk Intan untuk melawat menara jam condong.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kampung Nelayan Sekinchan
Itik Sekinchan Suka Berjemur

Gambar Kota Kinabalu Sabah

$
0
0
Suria Sabah

Selepas makan malam, kami bersiar-siar sambil mengambil foto di sekitar Kota Kinabalu.

Tugu Peringatan Malaysia

Didirikan di Jalan Tugu, Tugu Peringatan Malaysia tidak jauh dari Restoran Makanan Laut Welcome.

Kafe Sugar Bun

Kafe Sugar Bun dibanjiri peminat setia. Kami ingin singgah untuk menikmati kopi tetapi tiada meja kosong.

Restoran Luigi Malones

Restoran Luigi Malones yang terang benderang berhampiran dengan Pasar Malam Filipina. Sudah lama restoran ini berhenti berniaga, mungkin disebabkan sambutan kurang memuaskan.

Patung Ikan Todak

Berjalan lurus dari Jalan Datuk Salleh Sulong (Jalan Segama 2) ke Jalan Tun Fuad Stephens. Anda akan nampak patung ikan todak menegak di bulatan ketika tiba di persimpangan jalan.

Oldtown Kopi Putih

Kota Kinabalu juga ada Oldtown White Coffee. Oldtown White Coffee ini terletak di sebelah Kedai Kopi Fu Yuan.

Kopi putih bukan terdapat di seluruh Malaysia saja. Semasa kami melancong di Macua, kopi putih pun didapati di pasar raya macau.



Wisma Intiutama berbentuk segi tiga ini bertentangan dengan Balai Polis KK.

Bahagian depan bangunan sama dengan bangunan biasa tetapi bahagian belakang bagunan sungguh pelik. Sebabnya bangunan unik ini dibina berdasarkan bentuk tanah yang bersegi tiga.


Gerbang Jalan Istana

Gerbang ini berada di persimpangan Jalan Istana. Dari persimpangan ini, anda boleh pergi ke istana dan Bukit Signal.

Menara Jam Atkinson dibinakan di kaki Bukit Signal. Anda boleh berkunjung ke Menara Jam Atkinson lalu berjalan kaki ke Menara Meninjau Bukit Signal.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ambil Angin Di Pulau Sapi
Bangunan Infor Pelancongan
Jesselton Point Kota Kinabalu

Najib Suka Makan Kangkung

$
0
0
Kangkung

Perdana Menteri Malaysia, Najib amat suka makan kangkung.

Dalam masa Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, harga pelbagai barangan naik dengan pesat. Hanya sayur kegemaran Najib iaitu kangkung tidak naik harga.

Najib menganggap kestabilan harga kangkung sebagai kejayaan transformasi ekonomi yang dilancarkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Beliau sungguh bangga terhadap pencapaian tersebut.

Oleh sebab hubungan antara Najib dengan kangkung begitu rapat dan istimewa, beliau telah diberi gelaran Perdana Menteri Kangkung oleh rakyat jelata Malaysia.

Orang Malaysia syukur kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang benar-benar bijaksana.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Janji Gor Malaysia Najib Razak

Gerbang St Paul Macau

$
0
0
Gerbang St Paul

Gerbang St Paul merupakan lokasi pelancongan pertama yang kami melawat ketika bercuti di Macau.

Rua Do Tarrafeiro

Bertolak dari Hotel Sofitel Ponte 16, kami berjalan kaki ke Gerbang St Paul melalui Rua Do Tarrafeiro yang sempit.

Gerbang St Paul

Berjalan sambil mengambil foto sepanjang Rua Do Tarrafeiro, kami tiba di Gerbang St Paul dalam jangka masa 20 minit.

Gerbang St Paul

Hujan turun dengan renyai-renyai pada awal pagi itu. Nasib baik hujan berhenti tepat pada masanya kami sampai di Gerbang St Paul.

Gerbang St Paul

Ingat bangun awal semasa mengembara untuk mengelakkan kesesakan di tempat menarik pelancongan. Andan akan menghadapi masalah penuh sesak sekiranya anda bangun lewat.

Gerbang St Paul

Gerbang St Paul ialah pintu utama Gereja St Paul pada masa dahulu. Gereja St Paul dijilat api pada tahun 1853. Dalam kebakaran itu seluruh bangunan hangus kecuali dindin depan dan tangga batu di hadapan gereja tersebut.

Gerbang St Paul

Bahagian depan dan belakang Gerbang St Paul benar-benar berbaza. Ukiran di bahagian depan sungguh unik tetapi bahagian belakang seperti dinding biasa saja. Pelancong asyik mengambil gambar ketika melalui Gerbang St Paul.

St Paul Macau

Foto berhubung dengan perubahan Gereja St Paul dipamirkan di tapak sejarah St Paul.

Informasi Gereja St Paul boleh diperolehi dari foto tersebut. Pelawat suka berfoto di depan foto bersejarah itu. Mereka tidak menyangka telah menjadi peragawati awam.


Patung Gansa Macau

Patung gangsa yang melambangkan persahabatan Negera Cina dan Negara Portugal dibina di Dataran St Paul.

Terdapat dua patung gangsa iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Patung gangsa lelaki mewakili Negara Portugal. Patung gangsa perempuan yang memegang bunga menggambarkan Negara Cina.


Baca Macau

Beca untuk pengunjung berfoto disediakan oleh Jabatan Pelancongan Macau di Dataran St Paul. Anda boleh mengambil gambar sepuas-puasnya bersama beca tanpa sebarang bayaran.

Sekiranya di Malaysia, anda tentu perlu membayar sebelum mengambil foto. Masa untuk bergambar dengan beca tujuh hari seminggu dari 10:00 pagi hingga 4:00 petang.


St Paul Macau

Di sebelah kanan belakang Gerbang St Paul ada sederet kubur. Menurut penyelidikan arkeologi kerajaan Macau, mayat mubaligh dikebumikan di kubur itu.

Kerajaan Macau memulihkan tapak gereja dengan seboleh-bolehnya dan dibuka untuk pelancong melawat. Langkah ini bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan kepada orang awam malahan dapat meningkatkan pendapat pedagang.

Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
915 Pilihanraya Macau
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Kad Ucapan Tahun Baru Lunar Toyota

$
0
0
Kad Ucapan Tahun Baru Lunar Toyota

Menjelang Tahun Baru Lunar, Syarikat Toyota mengirimkan kad ucapan Tahun Baru Lunar kepada saya.

Toyota

Saya menjadi pemandu peribadi keluarga selama berpuluh-puluh tahun. Dalam jangka masa ini, saya telah membeli empat buah kereta.

Malacca Toyota

Toyota DX KE70 terpakai merupakan kereta pertama saya membeli. Kereta kedua dan ketiga ialah Proton Iswara dan Proton Saga. Sekerang saya memandu Toyota Vios yang dikilangkan pada tahun 2005.

Sampul Ang Bao Toyota

Selain kad ucapan Tahun Baru Luna, Syarikat Toyota juga menghadiahi saya sampul ang bao.

Artikel Berkaitan
Tahun Baru Naga Emas
Tahun Baru Arnab Comel
Tetamu Khas Tahun Baru
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Selamat Menyambut Tahun Kuda

$
0
0
Nanas

Baru-baru ini harga pelbagai barang mendadak naik. Rakyat terpaksa hidup dalam kedaan sengsara.

Mujurnya terdapat Perdana Menteri Najib yang gemari kangkung. Beliau bertungkus-lumus menyampaikan hiburan kangkung yang bertaraf antara bangsa.

Semoga rakyat yang hari-hari makan kangkung sihat dan bahagia pada Tahun Kuda dan selama-lamanya.

Artikel Berkaitan
Tahun Baru Naga Emas
Tahun Baru Arnab Comel
Tetamu Khas Tahun Baru
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Malam Pesona Jeju

$
0
0
Malam Jeju

Kami mengikut jalan di depan gerai sushi ke Bandar Jeju selepas mengisi perut.

Karaoke Jeju

Cuba meneka apa kedai ini? Berdasarkan tulisan di papan iklan, mungkin sebuah karaoke.

Malam Jeju

Jalan raya Bandar Jeju di landa tusnami kenderaan. Kedai di sepanjang jalan terang-benderang. Cahaya yang bersinar-sinar tersebut menerangi langit Bandar Jeju.

Hotel Gaia

Terdapat sebuah Parti Politik 7-11 di Malaysia. Secara kebetulan sebuah Hotel 7-11 didapati di Jeju. Sebenarnya itu sebuah Kedai Serbaneka 7-11 yang terletak di Hotel Gaia.

ABC-Mart

ABC-Mart ialah sebuah kedai menjual kasut jenama. Selain kasut jenama, kedai ini juga jual produk sukan lain. Myeongdong di Seoul juga ada sebuah ABC-Mart yang lebih besar skalanya.

Kafe Tom N Toms

Tiba di Kafe Tom N Toms, berhenti untuk menekan pengatup kamera Nikon. Kafe Tom N Toms berada di seberang jalan. Kereta lalu dengan laju seperti kilat. Jika tidak kami ingin menikmati rasa kopi Kafe Tom N Toms.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Batu Kepala Naga Pulau Jeju
Lapangan Terbang Pulau Jeju
Kampung Rakyat Seongeup Jeju
Viewing all 328 articles
Browse latest View live